Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 pada 17hb. Februari 2015.
Matlamat Persatuan ini ditubuhkan adalah: -
- Menjadi pusat rujukan utama bagi salasilah keturunan orang kaya bendahara Megat Terawis, Perak;
- Merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli;
- Menganjurkan aktiviti bercorak kebudayaan bagi memelihara tradisi kebudayaan keturunanya;
- Menjaga kebajikan am ahli-ahli;
- Membantu untuk mempertingkatkan taraf sosial-ekonomi ahli-ahlinya;
- Memiliki hartanah dan asset untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan Mesyuarat Agong diperolehi terlebih dahulu seta tertakluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa;
"YANG HILANG DIKETEMUKAN, YANG JAUH DIDEKATKAN DAN YANG DEKAT DIERATKAN"
Sekalung penghargaan kepada AJK Pertama iaitu Megat Zaharuddin Bin Megat Shamsuddin [Pengerusi], Megat Abdullah Rafaie Bin Megat Marzuli [Timbalan Presiden], Megat Mohamad Mentaha Bin Megat Alias [Setiausaha], [Puteri Suraya Binti Megat Harun [Penolong Setiausaha], Tun Ramuzzaman Bin Yahya [Bendahari] dan Megat Iskandar Bin Megat Zaharuddin dan yang lain-lain kerana tertubuhnya Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia pada 19/12/2003.